Saturday, December 27, 2008

TAPAK SANGKAR IKAN KELI SANDARAN

Kami memulakan membuat sangkar menggunakan tong-tong yang dibeli dari kedai barang lusuh

Saiz kolam kami seluas 14' X 12', tak besar sangat. Cuma kayu-kayu tak beberapa tegap bagi yang perut besar, namum begitu luas berjalan kaki ialah 24".

Awas penutup tong perlu diketatkan dahulu dengan dilapik cat. Jika tidak mudah bocor dan cepat tengelam. Ada beberapa tempat di Kuala Terengganu mereka meletakan carbait sedikit didalam tong. Kata Pak Cik tu nak bagi tong timbul dan tahan lama. Kami tak berani lagi nak mencuba.

MEMILIH & MEMBELI ANAK IKAN KELI KAMPUNG

Jauh kami memikirkan masa depan ikan keli sandaran. Semua BOD bekerja dan tak tentu masa balik rumah. Kerana hobi yang kuat nak memelihara ikan maka kami memutuskan membeli ikan keli kampung sebagai percubaan pertama.

BOD semuanya ada banyak pendapat tetapi bagaimana nak bulatkan suara sepakat. Ini kelebihan kami, sejak menetap di tahun 2004, kami telah mengenali hatibudi kawan dan jiran.

Setelah buat ukuran, tapis menapis kami ambil keputusan guna saiz ikan 4~5". Alasannya, kami baru belajar, keli besar susah mati dan ianya tahan lasak. Seperkara lain ia cepat membesar dan cepat dapat makan.

Ada banyak saiz, tetapi mestilah bersesuaian dengan mata jaring. Lawaknya tak seorang pun berani nak tangkap sekor anak keli supaya ada ditapak tangan. Tak hairan sebab semuanya lahir dah ada kemudahan.

Banyak masa kami habiskan mencari maklumat untuk mendapatkan anak ikan keli yang tahan lasak, mulanya kami nak pelihara ikan Tilapia tetapi disebabkan saiz kolam kecil maka kami tukar pada keli.

Saturday, December 13, 2008

JARING IKAN DAN PERALATAN MEMANCING

Kami tak faham dimana nak mulakan mencari jaring ikan, merata tempat kami merayau di Kelang mencari jaring yang murah untuk membela ikan keli sandaran. Penat naik turun ke Pulau Ketam, bila terlalu letih, kami berehat di Kelab sebentar, akhirnya mendapat kenalan menunjukan tempat membuat sangkar jaring.

Wow, ada banyak peralatan pancing, murah-murah juga. Kami pun mula berbincang membuat jaring ikan dan akhirnya bersepakat menggunkan saiz 10' X 12' sedalam 5'. Seminggu kata apek siap.

Tasik Sandaran Permai Sek U10 Shah Alam

Tasik terbentuk semasa pembinaan Taman Sandaran Permai Sek U10, Shah Alam banyak sumber makanan ikan. Entah darimana ikan-ikan ini datang hanya tuhan sahaja yang tahu.
Pernah beberapa kali Persatuan Penduduk Taman Sandaran Permai ingin memajukan kawasan ini sebagai kawasan pancing tetapi ianya memerlukan kerja sukarela dari semua penduduk dan AJK.


Nampak tenang dan luas mata memandang, damai hidup dikawasan tasik yang hijau airnya.