Sunday, March 22, 2009

MEMBERI MAKAN IKAN DI TASIK

Tap pernah kami rasa pekerjaan ini. Inilah dia pekerjaan sampingan untuk hari tua. Objektif kami melabur dan belajar sendiri sebenarnya berjaya.

Seronok berikan makan ikan. Untuk 10 ribu ekor anak ikan, makan tiga kali sehari dah cukup. Kami campur dengan kangkong dan sawi.


Nizam, tak percaya anak ikan keli ini hidup dan boleh membesar didalam Tasik Sandaran Permai.

Bang Ramli tak pernah boring bila bagi ikan keli makan.

Sunday, January 4, 2009

CABARAN BERMULA DENGAN SERANGAN BURUNG PUCHUNG

Baru turun anak ikan keli, dah kena sambar dengan burung puchung. Kami kena buat jaring penutup. Kos muran, pakai jaring pagar neighbour yang sedang buat renovation.
Seronok bagi ikan makan. Rasanya macam anak nelayan pulak. Kalau tahu di mak bapak pasti air mata mereka mengalir kerana masa kecil tak pernah jadi susuh macam ni.

Ada cerita pasal burung puchung ni. Cam ni , dulu dia minta makan 7 kali sehari, entah macam mana tersalah cakap, minta makan 7 hari sekali. Itu pasal kurus keding.

Saturday, January 3, 2009

ANAK IKAN KELI TURUN KE TASIK

Kami mula membeli anak ikan dan malam itu juga kami turunkan anak ikan keli ke tasik sandaran permai. Semuanya 10,000 ekor.