BOD semuanya ada banyak pendapat tetapi bagaimana nak bulatkan suara sepakat. Ini kelebihan kami, sejak menetap di tahun 2004, kami telah mengenali hatibudi kawan dan jiran.
Setelah buat ukuran, tapis menapis kami ambil keputusan guna saiz ikan 4~5". Alasannya, kami baru belajar, keli besar susah mati dan ianya tahan lasak. Seperkara lain ia cepat membesar dan cepat dapat makan.
Ada banyak saiz, tetapi mestilah bersesuaian dengan mata jaring. Lawaknya tak seorang pun berani nak tangkap sekor anak keli supaya ada ditapak tangan. Tak hairan sebab semuanya lahir dah ada kemudahan.
Banyak masa kami habiskan mencari maklumat untuk mendapatkan anak ikan keli yang tahan lasak, mulanya kami nak pelihara ikan Tilapia tetapi disebabkan saiz kolam kecil maka kami tukar pada keli.
Salam tuan..nk tanya kedai mana kat Klang tu yang jual pukat?
ReplyDelete